Bukit Gambang Water Park

Balik dari Pulau Kapas, kami meneruskan perjalanan ke Kuantan :)
Dah alang-alang... cuti ayah ada lagi...
Tapi sebenarnya tak rancang pun nak ke sini.. Tapi memang tak nak balik terus ke Kajang... 
Dalam kereta balik dari Pulau Kapas, baru terfikir nak ke sini ;)
Memula nak ambik bilik kat Bukit Gambang Resort, tapi penuh, dan bilik yang tinggal terlalu mahal la plak.. dah la sampai pun pukul 7am, dan nak keluar sok pagi mestilah paling lewat pun pukul 9am.. tak berbaloi langsung.. ;)
So, kami ke Kuantan, 
konon-konon nak dok kat Seri Malaysia sana.. 
Ibu telefon, PENUH ye cik! 
Siap beli map lagi untuk cari hotel, pastu ibu dah tak larat  mendongak baca sign board, sampai nak muntah, mungkin sebab penat sangat kot, cakap kat En. Ayah, tak payah tengok map dah, hotel yang pertama nampak kita redah je ;)

Lastly dok kat sini je..

HOTEL SURAYA ;)


Bilik kami ;) OK tau bilik dia....

Masuk bilik je ibu tido, memang tak larat, ayah keluar sorang cari dinner ;)
Dinner : McD je... hahaha....

Ceria sangat dah Damia tuk esok paginyer ;)

Muka-muka kelaparan, sambil menunggu sarapan ;)








Selepas bersarapan di restoran di hadapan hotel, kami menuju ke destinasi yang di rancang :)






 Kami antara orang yang awal masuk, parking pun amat senang... :) 
Itu untung datang awal kat tempat-tempat macam ni.. kalau lambat jenuh la nak menapak :(


Aktiviti sementara menunggu ayah membeli tiket...


Masa kat dalam water park, tak banyak gambar dapat di snap, maklumlah dah jumpe air ;), kamera plak yang biasa je... kalau kena air rosak plak nanti.. dah la kamera pinjam :(
Ni je gambar-gambar yang ada :)

Eh! Ayah pulak yang laju main pasir.. ;)


Pelampung yang berjaya di pau oleh DIZA-DIZA...

Lepas beli pelampung ni, ibu masuk kereta dengan meninggalkan selipar diluar... hahaha... Selamat dah selipar ibu... 
Memang patut beli baru pun ;)


Nampak tak ada rambut orang di situ...
 
Nampak tak gigi ikan muntah itu ;)
 Semua orang dok menunggu ikan tu memuntahkan air dalam mulut dia... Bedebush.....
 
Hai...

 


Dah nak habis dah gambar... 
Dah penat, apalagi, pulanglah.... :(


Aktiviti DIZA-DIZA apabila masuk kereta....







Yang tak boleh berehat lagi adalah En. Ayah.. Sian dia ;(




Tidak lama selepas kereta bergerak dan susu dah habis....








Mimpi yang indah anak-anak ibu :)

Anak-anak tidur, ibu boleh tidur... En. Ayah meneruskan tanggungjawabnyer sehingga kami selamat sampai ke destinasi :)



Kajang oh Kajang.....