Friday 16 December 2011

Lencana Oh Lencana ;)


Cepatnyer masa berlalu :(
DIZAno1 tahun depan dah darjah 1!
Besar dah anak Ibu... :)
Harap-harap membesar menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa & negara :) 
Amin....

So.....
Nak masuk sekolah kebangsaan mesti ada lencana dia! 
Macam mana nak jahit ni! 
Dah la baju kemeja! 
Kalau baju kurung or pinafore senang gak la nak jahit ;) 
Baju kemeja kan ada poket, kang terjahit sekali pada bahagian bawah poket!
Tipon Mak di Ijok lah...

Help!
Help!
Help!

Dan ape yang mak ajar adalah seperti berikut ;)

Alatannyer adalah ;)

Uniform, lencana, gunting, benang, jarum, seterika dan.... Alamak! mana gam ni???

Cara-cara menjahit ;)

1. Gosok dulu bahagian yang hendak dijahit, tak nak nanti ada kedutan di bawah jahitan ....
2. Letakkan sedikit gam di bahagian belakang lencana.....
3. Gamkan lencana di tengah-tengah poket...Ibu siap guna pembaris ;)
4. Gosok lencana pada poket dengan menggunakan seterika....So tak payah guna jarum peniti or jahit jelulur ;)
5. Masukkan benang ke dalam lubang jarum....
6. Mulakan lah menjahit... Masa menjahit tu jangan lupe masukkan tangan ke dalam lubang poket, nanti tak jadi poket plak ;)
7. Teruskan lah dengan jahitan sembat susup di keliling lencana itu :)
8. Siap dah.....

Senang je sebenarnyer... hehehe

Dan Ibu pun meneruskan usaha sehingga selesai ketiga-tiga uniform DIZAno1.... ;)


Baju melayu untuk sekolah agama  belum lagi... 
Baju melayu tempah di dzulldeclassique Kajang
24 Dis baru siap ;)

Bangganye dapat menjahit ni... 
Dah lama giler tak menjahit... 
Walaupun Ibu cikgu KH... ;)
Dulu memang Ibu lah yang akan jahit jelujur tuk semua baju yang Mak jahit.... ;)

Tapi.........:(
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Jap ni dok Google kedudukan lencana pada baju sekolah, macam-macam plak keduduknya....
Takkan kena tetas balik kot....
hua... :'(
hua...:'(
hua :'(



Thursday 15 December 2011

Selamat Hari Jadi Damia Irdina :)

 Happy birthday to you,
Happy birthday to you,
Happy birthday to you,
Happy birthday to Damia Irdina,
Happy birthday to you..

Dah 2 tahun dia menjadi pelengkap hidup keluarga kami....
SAYANG SANGAT-SANGAT....


Ini lah reaksi dia masa staff Secret Recipe tu bawa kek dan nyanyi lagu happy birthday tuk dia....


Ok tak Mia :)

Dan acara tiup lilin dan potong kek pun bermula...



Abang pun nak potong gak ;)


Semoga hidup sentiasa diberkati Allah,
Semoga akal semakin luas dan cerdas, 
Semoga hati semakin bersih dan bijak.... 
Kami sayang Mia sangat-sangat.... :)

Wednesday 14 December 2011

New In The House :)

Semalam hantar dobi.. (hantar ke??? ;)) 
Orang tu ambik kat umah sebenarnya...hehehe.. 
Sekarang semuanyer depan pintu je.... ;)
Ibu Google je cari tempat cuci karpet yang boleh dapat balik dalam tempoh seminggu....
And..... Ibu jumpe ini....


So, takkan nak dok atas tiles je seminggu ni....
Alasan yang amat bijak untuk mendapatkan yang baru.... hahaha
Alaaa... En. Ayah pun dah tau dah alasan tu, tapi dia buat tak tau je kot...

Yang lama (kotorkan??) 8' x 11', Classic, made in Belgium ;)

Sayang tau yang lama ni...... 
Banyak dah berjasa pada kami sekeluarga...
Banyak dah menakung kotoran... hahaha...
Dah hampir 6 tahun pakai, baru tahun ni dapat mandi :( 
Sian dia....Vakum selalu yer... boleh dikatakan tiap-tiap hari...
Ibu kan rajin ;)
Tak larat angkat yang lama ni... ada sekali je jemur, tu pun jenuh Ibu n Ayah mengangkat ke luar n serik nak jemur dah...

Dan alasan-alasan itu lebih menguatkan impian Ibu untuk bertukar pemandangan.... hehehe

Lepas je orang tu ambik malam semalam, kami kuar ke kedai depan rumah ni.... The one and only je kedai karpet kat situ....
Kene cepat..... Nak tengok Cinta Elysa kul 9 mlm.... hehehe

Dan hasilnyer adalah ::::::::::
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Yang baru ;) 5' x 8', Destiny, made in Turkey ;)

Memang sengaja cari yang lebih kecil dari yang lama :)
Dan paten agak moden sikit.... 
Yang lama tu, nama dia lagikan Classic ;)
Ia menjadikan ruang tamu kami nampak amat kosong...
Tapi ok kot untuk masa ini......

Friday 9 December 2011

Party Day :)


PARTY!!!


Dapat je memo kecil ni, Ibu dah susah hati :(

APA NAK BAWA????? 
Ibu memang tak pandai masak... ;) 
Kalau setakat perut En. Ayah dan DIZA-DIZA Ibu, ok la....
Tambah kalau Danish yang jadi juri, lulus aje masakan Ibu..
hahaha ;) 

Kalau ada apa-apa jamuan atau pot luck kat sekolah Ibu, pun ibu susah hati nak bawa apa.... 
Selalu ibu cakap kat kengkawan,
"Saya bagi duit bleh?" ;) 
Dan ibu amat bersyukur kalau kengkawang ibu cakap, 
"Kami nak kumpul duit buat jamuan" ;) hahaha
Ok stop!

Tanya DIZAno1 nak bawa ape? Danish pun tak tau Ibu.. :(
Kalau teringat je pasal tarik tu, mesti tanya Danish nak bawa ape...
Ayam, sosej or nugget... mesti jawapan dia antara 3 ni.. 
Emmmmmm.... Alasan Ibu ;)
1) Kalau Ibu goreng ayam yang ayamas tu, selalu tak berapa masak... asal tah... tak cukup defroz kot.. ;(
2 ) Malasnya Ibu nak masak pagi-pagi dengan banyak...
3) Tah-tah ramai yang bawa pun....Kang membazir je...

Dan penyelesaian terakhir nyer adalah :)

 

Dua  hari sebelum hari kejadian, ibu pun gi lah bawa DIZA-DIZA menempah di KFC Kajang... 
Tanya dulu, bleh ke ambik kul 8 pagi...
Lega sangat Ibu masa dia kata BOLEH...
Yes! Yes! Yes! :) :) :)
 
So, ari ni kena kuar awal la nak anta Danish, sebab nak gi KFC dulu... Sebab boleh pakai baju ape-ape, DIZAno1 ni pakai la baju kegemaran dia tu... Semua gambar dia dengan baju tu! :0
 
Masa ni DIZAno1 agak bad mood, Ibu soh pakai kasut raya, dia nak gak pakai kasut BEN 10 tu!
 
Depan KFC dia dah ok... :)
 
Ni lah bekalan untuk DIZAno1 dan rakan-rakan dia :)
 
Selamat berparty anak Ibu :)

Dan balik dari ambil DIZAno1, ibu plak nak berparty ngan tekak ibu ;)


SEDAP GILOS!
 
Dah la dia letak sos black papper tu banyak! 
 
Yummy! :)
 
DIZA-DIZA hanya dapat twister fries and prosperity McFizz .
Lagi pun Danish kate dia nak air je..... ;)



Sunday 4 December 2011

"The Future Me"


Itu lah tema untuk Concert & Graduation Day 2011 SRK Prima Saujana tahun ini... 

Tarikh:
4 Disember 2011

Tempat: 
Auditorium Memorial Tunku Abdul Rahman Putra,
Jalan Dato' Onn,
Kuala Lumpur, Malaysia.

Ada gambar je ye, rakaman kita tunggu DVD dari teacher.... 
Tak sempat merakam tadi, dok mengejar damia je... :(

The backdrop :


Welcome speech from Danish Imran... ;)

Saya Danish Imran bin Zul Amali dan rakan-rakan dari Smart Reader Kids Prima Saujana akan menghiburkan anda pada hari ini. Tarian pelbagai kaum, nyanyian serta sketsa  mencuit hati, menanti anda semua.


"Somebody's Watching Me"
Dance by 6 Jupiter.... :)









Penonton yang tak berapa setia, ni dia dok rehat sekejap... bagi  ayah dia rehat gak.. ;)


"One Day At Smart Reader Kids Prima Saujana"
(Choral Speaking by 6 Mercury & 6 Jupiter)

Dialog Danish Imran... ;)

Ladies and gentleman, a very good morning to you. We are 6 year old students from Smart Reader Kids Prima Saujana. Today we would like to share with you about our beloved school... 

Tah betui ke idak dialog dia ni, ibu suruh dia ulang masa ibu dok menaip ni ;) 





"Insyallah"
(Song by 6 Jupiter & 5 Venus)
Sebenarnya 6 Jupiter tu sebagai suara latar je...
Tapi tengok lah betapa luasnye mulut DIZAno1 tu.....hehehe.. ;)



Graduation Ceremony 2011
6 Mercury & 6 Jupiter

DIZAno1 bersama principal SRK Prima Saujana, Noorjehan Kamarudin..

We love you boy... muah...muah...muah...

Danish bin Zulkifli bersama Danish Imran bin Zul Amali, kekadang kawan kekadang lawan.. bebudak la katakan.. :)

Di SRK ni ada 3 orang Danish, Danish Imran, Danish dan Ahmad Danish... So teachers dia panggil DIZAno1, Imran... 
Tapi dia jarang nak menoleh kalau teacher dia panggil Imran, 
kena panggil Danish Imran baru dia menoleh... hahaha... ;)




Muka ibu yang penat mengejar DIZAno2...
Tahun lepas bawa Damia ke graduation day masih ok lagi, dia baru 10 bulan, baru belajar berjalan... Tahun ni jenuh mengejar...

Lapar, semua orang lapar.. :(
Jadi, ayah singgah di A&W drive-thru....  
Kami makan di Taman Tasik Shah Alam....
Sebab lepas tu nak gi kenduri kawin kawan ayah di Shah Alam...
Sebelum makan kenduri, makan A&W dulu... ;)

Damia tak sempat ber A&W dah tidur kepenatan...


Ini lah hasil Danish Imran bin Zul Amali menuntut ilmu selama 2 tahun di SRK Prima Saujana... 



Alhamdulillah, DIZAno1 boleh menulis, membaca dan mengira... ;) 
Walaupun tulisan DIZAno1 ni tak berapa kemas... 
Like father like son... hahaha
Sesungguhnya ibu amat berterima kasih kepada guru-guru yang mendidik anak ibu ni... 
Ibu rasa ibu pun tak mampu mengajar anak ibu membaca...
Setakat kenal huruf tu insyaallah ibu boleh buat, membaca, ibu tak cukup sabar menunggu...

Betapa HEBATnye guru-guru yang mengenalkan kita kepada menulis, membaca dan mengira...

TAHNIAH CIKGU :)

TERIMA KASIH CIKGU :)

Terutama kepada teacher Ita yang banyak sangat membimbing Danish ni... Masa umur 4 tahun hantar dia tutorial seminggu sekali di SRK ini teacher Ita yang mengajar dia, seterusnya masa 5 dan 6 tahun untuk kindergarten....
Apa-apa hal tanya teacher Ita :) 
Teachers yang lain kata, Danish Imran anak teacher Ita.... :)
Thank you so much teacher Ita.... :) 
Insyaallah lagi 2 tahun lagi, Damia Irdina bin Zul Amali menyusul ;)

 

Saturday 3 December 2011

1 Malaysia Concert & Graduation '10


Tajuk tu tak salah yer.. Memang tahun lepas punyer... SRK tempat DIZAno1....

Tadi hujan lebat, masa tu lah si Danish dok pasang DVD lama dia ni, sebab Astro tak boleh guna...
Itu yang ibu dapat ilham untuk menaip ni ;)
DIZAno1 ni memang penakut, dia mesti pasang TV, dia tak boleh sunyi, suara dia pun memang macam petir.. ;)

Date:
24 Oktober 2010

Venue :
Auditorium Memorial Tunku Abdul Rahman Putra,
Memorial Tunku Abdul Rahman Putra,
Jalan Dato' Onn,
Kuala Lumpur,
Malaysia ;)

Nak tayang ape yang DIZAno1 join je.. :)

Sebelum mula tu ibu berdebar-debar je..
Takut Danish tak boleh buat, sebab kalau suruh dia tunjuk di rumah, dia kata tunggu masa konsert...
Biar betul anak ibu ni, boleh ke dia buat, boleh ke dia hafal.. :(

Ibu penah ada pengalaman masa ibu darjah 1, ibu masuk pertandingan membaca di sekolah ibu, ibu hanya duduk diam di atas pentas ;'( 
Ibu takut... tak boleh nak baca langsung... dok pusing tengok penonton je....:'(

Harap-harap benda ni tak terjadi pada anak-anak ibu, dan ibu sendiri di masa akan datang.. :)

Dan Alhamdulillah, DIZAno1 boleh melaksanakan tanggungjawab yang diberikan kepadanya pada hari konsert tersebut... :)
Mari kita tonton..... ;)

I wann hold your hand


That't the way (I like it)


Ibu rasa agak over gak DIZAno1 ni.. ;)


Tunku Abdul Rahman Putra

 Hope you will be somebody yang kami boleh banggakan suatu hari nanti.. LOVE you so much.. muah..muah..muah...

Amin... :)

Tahun 2011 punyer kita tunggu dan lihat... ;)