Itu lah tema untuk Concert & Graduation Day 2011 SRK Prima Saujana tahun ini...
Tarikh:
4 Disember 2011
Tempat:
Auditorium Memorial Tunku Abdul Rahman Putra,
Jalan Dato' Onn,
Kuala Lumpur, Malaysia.
Ada gambar je ye, rakaman kita tunggu DVD dari teacher....
Tak sempat merakam tadi, dok mengejar damia je... :(
The backdrop :
Welcome speech from Danish Imran... ;)
Saya Danish Imran bin Zul Amali dan rakan-rakan dari Smart Reader Kids Prima Saujana akan menghiburkan anda pada hari ini. Tarian pelbagai kaum, nyanyian serta sketsa mencuit hati, menanti anda semua.
"Somebody's Watching Me"
Dance by 6 Jupiter.... :)
Penonton yang tak berapa setia, ni dia dok rehat sekejap... bagi ayah dia rehat gak.. ;)
"One Day At Smart Reader Kids Prima Saujana"
(Choral Speaking by 6 Mercury & 6 Jupiter)
Dialog Danish Imran... ;)
Ladies and gentleman, a very good morning to you. We are 6 year old students from Smart Reader Kids Prima Saujana. Today we would like to share with you about our beloved school...
Tah betui ke idak dialog dia ni, ibu suruh dia ulang masa ibu dok menaip ni ;)
"Insyallah"
(Song by 6 Jupiter & 5 Venus)
Sebenarnya 6 Jupiter tu sebagai suara latar je...
Tapi tengok lah betapa luasnye mulut DIZAno1 tu.....hehehe.. ;)
Graduation Ceremony 2011
6 Mercury & 6 Jupiter
DIZAno1 bersama principal SRK Prima Saujana, Noorjehan Kamarudin.. |
We love you boy... muah...muah...muah... |
Danish bin Zulkifli bersama Danish Imran bin Zul Amali, kekadang kawan kekadang lawan.. bebudak la katakan.. :) |
Di SRK ni ada 3 orang Danish, Danish Imran, Danish dan Ahmad Danish... So teachers dia panggil DIZAno1, Imran...
Tapi dia jarang nak menoleh kalau teacher dia panggil Imran,
kena panggil Danish Imran baru dia menoleh... hahaha... ;)
Muka ibu yang penat mengejar DIZAno2... |
Tahun lepas bawa Damia ke graduation day masih ok lagi, dia baru 10 bulan, baru belajar berjalan... Tahun ni jenuh mengejar...
Lapar, semua orang lapar.. :( |
Jadi, ayah singgah di A&W drive-thru....
Kami makan di Taman Tasik Shah Alam....
Sebab lepas tu nak gi kenduri kawin kawan ayah di Shah Alam...
Sebelum makan kenduri, makan A&W dulu... ;)
Damia tak sempat ber A&W dah tidur kepenatan...
Ini lah hasil Danish Imran bin Zul Amali menuntut ilmu selama 2 tahun di SRK Prima Saujana...
Alhamdulillah, DIZAno1 boleh menulis, membaca dan mengira... ;)
Walaupun tulisan DIZAno1 ni tak berapa kemas...
Like father like son... hahaha
Sesungguhnya ibu amat berterima kasih kepada guru-guru yang mendidik anak ibu ni...
Ibu rasa ibu pun tak mampu mengajar anak ibu membaca...
Setakat kenal huruf tu insyaallah ibu boleh buat, membaca, ibu tak cukup sabar menunggu...
Betapa HEBATnye guru-guru yang mengenalkan kita kepada menulis, membaca dan mengira...
TAHNIAH CIKGU :)
TERIMA KASIH CIKGU :)
Terutama kepada teacher Ita yang banyak sangat membimbing Danish ni... Masa umur 4 tahun hantar dia tutorial seminggu sekali di SRK ini teacher Ita yang mengajar dia, seterusnya masa 5 dan 6 tahun untuk kindergarten....
Apa-apa hal tanya teacher Ita :)
Teachers yang lain kata, Danish Imran anak teacher Ita.... :)
Thank you so much teacher Ita.... :)
Insyaallah lagi 2 tahun lagi, Damia Irdina bin Zul Amali menyusul ;)
No comments:
Post a Comment